Anda mesti pernah melihat pelajar sering menggigit kuku mereka sebelum ujian, atau seseorang menggigit kuku sebelum pergi untuk sesi wawancara. Menggigit kuku adalah merupakan perbuatan yang tidak disengajakan untuk keluar dari kegelisahan, kegembiraan atau kecemasan. Namun Jika tidak dikawalselia dengan betul lama-kelamaan ia akan menjadi satu tabiat.
Mengapa ada orang yang ingin menghentikan tabiat ini?
- Alasan utama adalah kita semua ingin memiliki kuku panjang dan cantik yang dapat kita pamer.
- Untuk memperbetulkan persepsi orang lain terhadap diri anda. Bayangkan sekiranya anda menggigit kuku bila anda gugup di hadapan penemuduga – ini pasti akan memberikan kesan buruk kepada anda.
- Kuman dan kotoran di bawah kuku masuk ke dalam mulut ketika aktiviti menggigit kuku, sudah pasti kesihatan anda akan terjejas.
Untuk berhenti menggigit kuku bukanlah suatu perkara yang sukar. Dengan sedikit kawalan diri kita boleh melakukannya.
- Pertama, bermula dengan tidak menggigit kuku anda selama 3 hari, kemudian seminggu, dll – buat perancangan mengikut keselesaan dan kesesuaian anda.
- Sekiranya langkah pertama tidak berhasil, saya syorkan anda memakai sarung tangan sepanjang hari ;). Mengenakan sarung tangan untuk beberapa hari bukanlah menjadi pelaburan yang buruk jika ia membantu anda menyingkirkan tabiat ini.
- Letakkan sesuatu yang anda tidak suka rasanya di kuku anda seperti gel non toxic – ini boleh dibeli di farmasi.
- Setiap hari sebelum tidur, katakan 10 kali dengan keras bahawa anda tidak mahu menggigit kuku anda lagi.
No comments:
Post a Comment