Menurut istilah saintifik, jaundice bermaksud:-
Kalau mengikut istilah kita orang melayu khususnya dan orang Malaysia umumnya, jaundice ialah demam kuning di mana seluruh kulit bayi menjadi kuning dan sekiranya serius boleh menyebabkan kuning boleh juga kelihatan dalam mata putih bayi. Mengikut pengalaman dan pesan orang lama dan oarang baru, terdapat pelbagai cara untuk mengelakkan bayi terkena demam kuning dan menyembuhkan bayi yang telah terkena demam kuning. Di antaranya:-
1. Bayi dimandikan dengan daun kucai yang telah diramas-ramas dalam air kosong. Ia baik dilakukan selepas bayi telah dimandikan dengan air suam pada setiap pagi. Pada bilasan terakhir, bayi perlu dimandikan dengan ramasan air daun kucai. Ia dilakukan untuk bayi yang telah terkena demam kuning.
2. Bayi juga boleh dimandikan dengan air rebusan halba, biasanya halba tersebut diambil dalam secubit dan direbus. Sejukkan air rebusan berkenaan, selepas bayi dimandikan dengan air biasa, pada bilasan terakhir bayi dimandikan dengan air rebusan halba yang telah suam.
3. Selain itu, ibu juga boleh memi
num air pegaga yang telah dikisar. Kaedah ini dilakukan bagi ibu yang mengamalkan penyusuan susu ibu secara eksklusif. Bayi yang menghisap susu ibu tersebut mampu disembuhkan dengan izin ALLAH.
4. Sengkuang Cina juga mampu mengelakkan bayi terkena kuning. Sengkuang Cina yang telah disagat, airnya diberikan kepada bayi tanpa dicampurkan dengan air lain mampu mengelakkan bayi terkena demam kuning.
Penyusuan susu ibu secara eksklusif sebenarnya selain mampu mengelakkan dan menyembuhkan demam kuning, ia dapat mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak. Cubalah dahulu, semoga dengan izin ALLAH bayi anda dapat disembuhkan. Walau bagaimanapun, pastikan mendapat nasihat pakar perubatan terlebih dahulu untuk memastikan meter demam kuning bayi anda tidak terlampau tinggi yang memerlukan pengawasan mereka. Sekiranya terjadi demikian, serahkan kepada pakar untuk menentukan rawatan yang sesuai untuk bayi anda. Petua tersebut hanyalah sekadar alternatif dan panduan kepada kita.
1. Bayi dimandikan dengan daun kucai yang telah diramas-ramas dalam air kosong. Ia baik dilakukan selepas bayi telah dimandikan dengan air suam pada setiap pagi. Pada bilasan terakhir, bayi perlu dimandikan dengan ramasan air daun kucai. Ia dilakukan untuk bayi yang telah terkena demam kuning.
2. Bayi juga boleh dimandikan dengan air rebusan halba, biasanya halba tersebut diambil dalam secubit dan direbus. Sejukkan air rebusan berkenaan, selepas bayi dimandikan dengan air biasa, pada bilasan terakhir bayi dimandikan dengan air rebusan halba yang telah suam.
3. Selain itu, ibu juga boleh memi
4. Sengkuang Cina juga mampu mengelakkan bayi terkena kuning. Sengkuang Cina yang telah disagat, airnya diberikan kepada bayi tanpa dicampurkan dengan air lain mampu mengelakkan bayi terkena demam kuning.
Penyusuan susu ibu secara eksklusif sebenarnya selain mampu mengelakkan dan menyembuhkan demam kuning, ia dapat mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak. Cubalah dahulu, semoga dengan izin ALLAH bayi anda dapat disembuhkan. Walau bagaimanapun, pastikan mendapat nasihat pakar perubatan terlebih dahulu untuk memastikan meter demam kuning bayi anda tidak terlampau tinggi yang memerlukan pengawasan mereka. Sekiranya terjadi demikian, serahkan kepada pakar untuk menentukan rawatan yang sesuai untuk bayi anda. Petua tersebut hanyalah sekadar alternatif dan panduan kepada kita.
1 comment:
terima kasih... petua yg diharap boleh membantu... :)
Post a Comment