19 March 2013

Kenangan menunaikan umrah


Dah lama tak post apa-apa di blog nih. Saya dah sebulan lebih pulang dari menunaikan umrah bersama suami dan keluarga pada 9hb Februari 2013 - 19 Februari 2013. Satu kenangan yang tidak dapat dilupakan. Semoga kami dimurahkan rezeki kembali ke sana. Pada masa ini saya hamil 20 minggu anak keempat. Walaupun anak keempat, saya masih mengalami alahan hamil yang teruk. Terpaksa berenti keje semasa kandungan 7 minggu pada Oktober 2012. Saya tak sangka pada saat akhir sebelum menunaikan umrah, saya masih mengalami alahan. Sentiasa berdoa kepada Allah semoga segala dipermudahkan. Alhamdulillah sepanjang 9 hari di sana saya dapat makan dan melakukan ibadat dengan baik. Syukur Alhamdulillah :). 

Bergambar di Masjid Quba, Madinah

 Di hadapan hotel semasa di Mekah sebelum mengerjakan tawaf wida' . Hari terakhir di tanah suci Mekah.

Di hadapan kaabah.




No comments: