Biasanya semasa berpantang saya amalkan beberapa kaedah penjagaan diri untuk kesihatan selain untuk menguruskan badan. Alhamdulillah, buat masa ini selepas melahirkan tiga orang anak, saya masih rasa sihat dan kurus. Antara petua yang saya amalkan selama 40 hari berpantang adalah seperti berikut:
- Makan ulam-ulaman terutama pegaga, ibu kunyit, halia muda di makan mentah bersama nasi panas.
Minum air daun kayu-origin dan fresh dari kampung (ditumbuk bersama dengan sedikit beras, ibu kunyit dan sedikit garam).
Nasi panas bersama lada hitam dengan ikan bilis yang digoreng kering (boleh mengeluarkan angin dalam badan - amalkan selama 40 hari)
Selain itu, walaupun anak-anak saya mencecah usia setahun dan selagi saya belum mengandung lagi, saya masih berpantang meminum air kelapa muda (kerana menurut kakak dan ibu saya) meminum air kelapa muda menyebabkan segala khasiat ubatan semasa berpantang akan berkurangan dan menyebabkan kita merasa lenguh-lenguh badan, tetapi ianya bukanlah berdasarkan kajian saintifik. Hanya pentang orang lama untuk mengelakkan lenguh-lenguh badan.
Saya juga sentiasa amalkan kaedah bertungku selama 3 hari semasa berpantang, selain urutan badan. Walaupun sudah habis pantang, amalan urutan (sama ada panggil bidan untuk urutkan di rumah atau saya ke spa) masih saya amalkan, sekurang-kurangnya sekali sebulan untuk menyegarkan badan. (Apa salahnya kan? Selain untuk kesihatan ia juga cara saya menghilangkan tekanan (stres) atau saja untuk memanjakan diri selama beberapa jam sahaja). Terima kasih kepada hubby kesayangan kerana tolong jagakan anak-anak :) Luv u.
~ Sapura Sakura ~ Only from the heart Can you touch the sky.
No comments:
Post a Comment