07 December 2010

Komedi Tentang “Gadget & Technology” Terkini

Saya sangat sukakan komedi “My Blackberry Is Not Working” – sungguh kelakar, pecah perut ketawa ;). Kita boleh lihat bagaimana mereka mengaitkan buah-buahan dan sayuran dengan alat teknologi terkini. Have fun!

Nota: Blackberry, Orange, Windows, Apple, Egg Box

~ Sapura Sakura ~ A computer once beat me at chess, but it was no match for me at kick boxing.

Keywords: humor

06 December 2010

Kaedah Untuk Berhenti Tabiat Menggigit Kuku

Anda mesti pernah melihat pelajar sering menggigit kuku mereka sebelum ujian, atau seseorang menggigit kuku sebelum pergi untuk sesi wawancara. Menggigit kuku adalah merupakan perbuatan yang tidak disengajakan untuk keluar dari kegelisahan, kegembiraan atau kecemasan. Namun Jika tidak dikawalselia dengan betul lama-kelamaan ia akan menjadi satu tabiat.
bittingnails
Mengapa ada orang yang ingin menghentikan tabiat ini?
  • Alasan utama adalah kita semua ingin memiliki kuku panjang dan cantik yang dapat kita pamer.
  • Untuk memperbetulkan persepsi orang lain terhadap diri anda. Bayangkan sekiranya anda menggigit kuku bila anda gugup di hadapan penemuduga – ini pasti akan memberikan kesan buruk kepada anda.
  • Kuman dan kotoran di bawah kuku masuk ke dalam mulut ketika aktiviti menggigit kuku, sudah pasti kesihatan anda akan terjejas. 
Untuk berhenti menggigit kuku bukanlah suatu perkara yang sukar. Dengan sedikit kawalan diri kita boleh melakukannya.
  • Pertama, bermula dengan tidak menggigit kuku anda selama 3 hari, kemudian seminggu, dll – buat perancangan mengikut keselesaan dan  kesesuaian anda.
  • Sekiranya langkah pertama tidak berhasil, saya syorkan anda memakai sarung tangan sepanjang hari ;). Mengenakan sarung tangan untuk beberapa hari bukanlah menjadi pelaburan yang buruk jika ia membantu anda menyingkirkan tabiat ini.
  • Letakkan sesuatu yang anda tidak suka rasanya di kuku anda seperti gel non toxic – ini boleh dibeli di farmasi.
  • Setiap hari sebelum tidur, katakan 10 kali dengan keras bahawa anda tidak mahu menggigit kuku anda lagi.
bittingnails1
(Yang nie cute and LEGEND! :) )
~ Sapura Sakura ~ There is nothing more beautiful than believing in yourself.
Keywords: biting nails

03 December 2010

Cara Berkomunikasi Dengan Anak

Cara kita berkomunikasi dengan anak-anak kita sangat penting kerana memainkan peranan penting dalam membina keperibadian mereka. Pada kebiasaannya kita berkomunikasi tidak hanya melalui bicara, tetapi juga melalui gerak badan kita. Komunikasi kita boleh menjurus kepada pelbagai topik harian, yang pasti ia akan meninggalkan pengaruh yang besar kepada anak-anak kita baik secara positif atau negatif.

Communicate

Ini adalah cara di mana anda boleh mempunyai komunikasi yang berkesan dengan anak-anak anda:

  • Biarkan anak anda merasa penerimaan mutlak. Biarkan dia tahu bahawa anda menerima dia dan sayang dia seadanya. Ini akan meningkatkan kepercayaan dirinya dan ia akan berinteraksi lebih baik dengan diri anda dan orang lain.
  • Sedia mendengar anak anda dan biarkan dia tahu bahawa anda berminat dan ingin tahu semua tentang apa yang diceritakan.
  • Menjelaskan tujuan sebenar sebelum menyuruh anak anda melakukan sesuatu. Pastikan anak anda paham apa yang anda katakan, Pastikan dia telah mengambil pendapat anda secara serius dan tidak hanya sebagai masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
  • Asas yang sangat penting untuk komunikasi yang efektif adalah pertentangan mata. Bukan hanya ketika anda memberinya arahan, bahkan ketika dia pergaulan harian, adalah penting untuk melihat ke dalam matanya ketika bercakap.
  • Gunakan bahasa yang sopan dengan anak-anak anda. Menggunakan kata-kata seperti tolong, maaf, terima kasih dan lain-lain tidak hanya akan membuat mereka sopan, tapi juga akan membuat mereka merasa yang mereka adalah penting disisi anda.
  • Selalu gunakan kata-kata motivasi. Jangan pernah mengecilkan anak anda dengan mengatakan kepadanya bahawa dia jahat, bodoh, dll.

~ Sapura Sakura ~ While we try to teach our children all about life, Our children teach us what life is all about.

Keywords: parenting, communicate with children

02 December 2010

Petua Semasa Berpantang

Pregnancy

Biasanya semasa berpantang saya amalkan beberapa kaedah penjagaan diri untuk kesihatan selain untuk menguruskan badan. Alhamdulillah, buat masa ini selepas melahirkan tiga orang anak, saya masih rasa sihat dan kurus. Antara petua yang saya amalkan selama 40 hari berpantang adalah seperti berikut:

  • Makan ulam-ulaman terutama pegaga, ibu kunyit, halia muda di makan mentah bersama nasi panas.
  • Minum air daun kayu-origin dan fresh dari kampung (ditumbuk bersama dengan sedikit beras, ibu kunyit dan sedikit garam).
  • Nasi panas bersama lada hitam dengan ikan bilis yang digoreng kering (boleh mengeluarkan angin dalam badan - amalkan selama 40 hari)
  • Selain itu, walaupun anak-anak saya mencecah usia setahun dan selagi saya belum mengandung lagi, saya masih berpantang meminum air kelapa muda (kerana menurut kakak dan ibu saya) meminum air kelapa muda menyebabkan segala khasiat ubatan semasa berpantang akan berkurangan dan menyebabkan kita merasa lenguh-lenguh badan, tetapi ianya bukanlah berdasarkan kajian saintifik. Hanya pentang orang lama untuk mengelakkan lenguh-lenguh badan.
  • Saya juga sentiasa amalkan kaedah bertungku selama 3 hari semasa berpantang, selain urutan badan. Walaupun sudah habis pantang, amalan urutan (sama ada panggil bidan untuk urutkan di rumah atau saya ke spa)  masih saya amalkan, sekurang-kurangnya sekali sebulan untuk menyegarkan badan. (Apa salahnya kan? Selain untuk kesihatan ia juga cara saya menghilangkan tekanan (stres) atau saja untuk memanjakan diri selama beberapa jam sahaja). Terima kasih kepada hubby kesayangan kerana tolong jagakan anak-anak :) Luv u.

 

~ Sapura Sakura ~ Only from the heart Can you touch the sky.
Keywords: pregnancy, tips, beauty

01 December 2010

Bunga Sakura

image

Bunga Sakura (Cherry Blossoms) banyak terdapat di kebanyakan negara Asia terutama Jepun, China, Korea dan India.

Simbol Kecantikan, Wanita, Kasih Sayang dan Tuah

Di negara China, bunga Sakura melambangkan kecantikan dan keperibadian wanita.

Di negara Jepun pula, ia dikenali sebagai pembawa tuah dan kasih sayang.

image

Fakta Menarik

 

Filipina

  • Dibahagian barat Filipina, terdapat daerah yang dikenali sebagai Palawan Cherry Blossoms – sebuah daerah yang menyamai negara Jepun dari segi adat dan budaya.

Kanada

Amerika Syarikat

  • Jepun pernah menghadiahkan ribuan Bunga Sakura kepada Amerika Syarikat pada tahun 1912 sebagai tanda persahabatan
  • Acara tahunan juga diadakan meagungkan Bunga Sakura – International Cherry Blossoms

German

  • Kehadiran Bunga Sakura di sebuah taman Orkid menarik ribuan pengunjung

image

Korea Selatan

  • Beriadah di bawah pokok Bunga Sakura adalah merupakan aktiviti harian penduduk

 

~ Sapura Sakura ~ “Smile, it is the key that fits the lock of everybody's heart.”

Keywords: cherry blossoms flower, interesting facts, feminie, beauty, japan, south korea