Kandungan dah 26 minggu. Walaupun masih muntah-muntah dan tak lalu makan, saya cuba hobi baru iaitu menjahit tudung dan beg. Tapi ikut mood jugakle. Ini antara barang yang saya jahit sekadar hobi. Cuba menghilangkan kebosanan memandangkan sudah tidak bekerja. Anak-anak pula takde kat rumah kerana gi sekolah.
Tudung umrah berdagu warna putih
Tudung umrah berdagu warna hitam
Ini dia dua tudung umrah hasil jahitan saya untuk kawan lama yang akan menunaikan umrah pada 26hb Mac ni. Harap-harap dia sukakan hasil jahitan saya.
Gambar beg close up
Beg jahitan ke tadika dan taska untuk 2 anak pompuan saya
In sha Allah, ada masa dan kudrat, dalam perancangan nak siapkan set tilam dan bantal untuk bayi yang bakal lahir bulan Jun nih.