28 January 2011

Petua Menyembuhkan Bayi Demam Kuning (Jaundice)

Menurut istilah saintifik, jaundice bermaksud:-
Kalau mengikut istilah kita orang melayu khususnya dan orang Malaysia umumnya, jaundice ialah demam kuning di mana seluruh kulit bayi menjadi kuning dan sekiranya serius boleh menyebabkan kuning boleh juga kelihatan dalam mata putih bayi. Mengikut pengalaman dan pesan orang lama dan oarang baru, terdapat pelbagai cara untuk mengelakkan bayi terkena demam kuning dan menyembuhkan bayi yang telah terkena demam kuning. Di antaranya:-
1. Bayi dimandikan dengan daun kucai yang telah diramas-ramas dalam air kosong. Ia baik dilakukan selepas bayi telah dimandikan dengan air suam pada setiap pagi. Pada bilasan terakhir, bayi perlu dimandikan dengan ramasan air daun kucai. Ia dilakukan untuk bayi yang telah terkena demam kuning.
2. Bayi juga boleh dimandikan dengan air rebusan halba, biasanya halba tersebut diambil dalam secubit dan direbus. Sejukkan air rebusan berkenaan, selepas bayi dimandikan dengan air biasa, pada bilasan terakhir bayi dimandikan dengan air rebusan halba yang telah suam. 
3. Selain itu, ibu juga boleh meminum air pegaga yang telah dikisar. Kaedah ini dilakukan bagi ibu yang mengamalkan penyusuan susu ibu secara eksklusif. Bayi yang menghisap susu ibu tersebut mampu disembuhkan dengan izin ALLAH.
4. Sengkuang Cina juga mampu mengelakkan bayi terkena kuning. Sengkuang Cina yang telah disagat, airnya diberikan kepada bayi tanpa dicampurkan dengan air lain mampu mengelakkan bayi terkena demam kuning.

Penyusuan susu ibu secara eksklusif sebenarnya selain mampu mengelakkan dan menyembuhkan demam kuning, ia dapat mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak. Cubalah dahulu, semoga dengan izin ALLAH bayi anda dapat disembuhkan. Walau bagaimanapun, pastikan mendapat nasihat pakar perubatan terlebih dahulu untuk memastikan meter demam kuning bayi anda tidak terlampau tinggi yang memerlukan pengawasan mereka.  Sekiranya terjadi demikian, serahkan kepada pakar untuk menentukan rawatan yang sesuai untuk bayi anda. Petua tersebut hanyalah sekadar alternatif dan panduan kepada kita. 

07 January 2011

Keajaiban Otak

 5

Otak merupakan salah satu organ utama dan pertama dibina dalam tubuh manusia. Kematangannya mengikut usia kita, di mana perkembangan otak hanya 25% sewaktu kita dilahirkan. Dalam usia 6 bulan otak kita telah mencapai 50% kematangannya. Perkembangan otak akan bertambah ke 85% selepas kita berusia 3 tahun, dan dalam usia 6 tahun sehingga 95%. Manusia yang normal akan memiliki 100 billion neuron semasa dilahirkan. Walau bagaimapun, bilangannya akan merosot dari masa ke masa bergantung kepada kita sebagai makhluk ALLAH memelihara keajaiban ini dan menggunakannya secara bijaksana. Menurut pakar, otak kita mempunyai fungsi yang berbeza di antara otak kiri dan otak kanan.

Fungsi Otak Kiri

Fungsi Otak Kanan

Menggunakan logik

Terperinci

Berdasarkan fakta

Perkataan dan bahasa

Hari ini dan masa lepas

Matematik dan Sains

Pemahaman

Mengetahui

Mengakui

Persepsi berdasarkan corak

Mengenal nama objek

Kenyataan

Membentuk Strategi

Praktikal

Selamat

Emosi

Menyeluruh

Imaginasi

Simbol dan imej

Hari ini dan masa depan

Falsafah & Agama

Boleh dapat (memahami)

Percaya

Menghargai

Angkasa luas (spatial perception)

Memahami fungsi sesuatu

Fantasi

Kemungkinan masa kini

Terburu-buru

Mengambil risiko

Sumber dari: http://www.heraldsun.com.au/news/right-brain-v-left-brain/story-e6frf7jo-1111114603615 

Penafian: diterjemahkan mengikut pemahaman sendiri, jika mahu lebih memahami sila rujuk laman sesawang yang diberi, selamat membaca)