05 February 2015

Penuras Air Luar (External Water Filter)


Ingin menikmati air jernih di setiap paip rumah. Saya ada penyelesaiannya dengan penuras air istimewa yang mempunyai ciri-ciri berikut:

(1). Jenis bekas Polimer Diperkuat Kaca Gentian (FRP) utk memastikan kekukuhan & ketahanan.

(2). Penuras Titik Masuk Utama (POE) menyikirkan enapan & partikel.

(3). Lutsinar sifar

(4). Tidak ada lapisan KARBON (untuk buang klorin). Jadi air yang masuk ke tangki masih ada klorin utk mengelakkan pembiakan cacing dan alga.

(5).  5 lapisan medium penuras (zeolit plus, garnet & 3 jenis pasir silika - kasar, sederhana, halus) utk menyingkirkan enapan yg tidak dikehendaki secara berkesan.

* Zeolit Plus ~ utk menyingkirkan pepejal terampai, logam berat terlarut & ammonium terlarut.

* Garnet ~ utk menyingkirkan lumpur & enapan.

* Pasir Silika ~ utk menyingkirkan kotoran, enapan & partikel dlm air (pepejal terampai & kekeruhan).

(6). Tabung luaran kalis cahaya & kalis haba (alga x dpt tumbuh).

(7). Injap stereng manual utk fungsi cuci balikan & tolak tekanan.

------------------------------
* Waranti kekukuhan & ketahanan bekas ~ 10 Tahun

* Waranti tekanan & injap manual ~ 2 Tahun

Pemasangan adalah PERCUMA.

PERKONGSIAN HARI INI: 
WHY NUTRILITE?

1. PROSES PERLADANGAN SEMULA JADI YANG UNIK

NUTRILITE ialah satu-satunya jenama vitamin dan mineral global yang menanam, memetik dan memproses tanaman di ladang sendiri yang disahkan organik.

- Semua ladang iaitu lebih 2590 hektar (6400 ekar) di California, Washington State, Mexico dan Brazil mengembalikan semula kesuburan tanah dan mengelakkan racun perosak, racun rumpai dan baja sintetik. 

2. TIDAK PERNAH BERKOMPROMI TENTANG KUALITI

- Menggunakan nutrien tumbuhan semula jadi dan organik, vitamin yang sangat tulen dan mineral semula jadi yang diperoleh dari seluruh dunia untuk memenuhi standard kualiti yang ketat. 

- Saintis, juruteknik dan jurutera dari 20 bidang kajian yang berbeza bekerja berterusan untuk membangunkan rumusan, produk dan kaedah pemprosesan baru, menilai produk siap bagi memastikan ia memenuhi standard kualiti, keselamatan dan kecekapan dengan tepat. 

- lebih 15,000 ujian produk setiap bulan ke atas setiap bahan yang digunakan dalam produk NUTRILITE.

3. MENAMBAH BAIK ALAM...SECARA SAINTIFIK

- Hasil anugerah alam yang dianalisis dan diekstrak secara saintifik melalui proses terkawal yang teliti untuk menghasilkan suplemen yang selamat untuk kesihatan optimum. 

- Bertahun-tahun dahulu, pengasas Carl Rehnborg merintis teknik canggih untuk menganalisis nilai pemakanan tumbuhan tertentu. 

- Hari ini, saintis NUTRILITE di seluruh dunia menggunakan kaedah dan teknologi terkini untuk menambah baik cara mengekstrak kebaikan daripada tanaman secara maksimum dan menilai bahan baharu untuk produk. 

- Saintis mengkaji rumusan baru dan kaedah pemprosesan inovatif, meneroka produk dan bahan baru yang dipertingkatkan dan menggunakan peralatan ujian dan analisis berprestasi tinggi untuk memaksimumkan pekatan tumbuhan untuk kandungan nutrien optimum.

KESIMPULAN: WHY NUTRILITE? 
Ladang organik, proses & kualiti, sains & inovasi.

👍👍👍 TERBAIK DARI SAINS, TERBAIK DARI ALAM.. PROUD.

18 September 2014

Pajeri Nenas Bersama Sotong



Bahan2
5 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inc halia*
Segengam udang kering*
2 sudu serbuk kari ikan
kulit kayu manis
Bunga lawang
Buah pelaga
3 ekor Sotong 
1 biji terung saiz sederhana
2 sudu kerisik kelapa
2 sdm gula perang
1 keping asam keping
1 cawan santan pekat
1 cawan air
Minyak utk menumis
Garam secukup rasa

Cara2
Kisarkan bahan2 yang bertanda *. Panaskan piyuk magic menggunakan mode stir fry. Gorengkan bahan2 yg telah dikisar hingga naik bau. Masukkan serbuk kari ikan..tumis sehingga pecah minyak. Setelah itu masukkan sotong dan sedikit air. Offkan mode stir fry. Masukkan terung, kerisik, santan pekat, air, asam keping, gula dan garam. Tutupkan piyuk magic dan tekan mode high pressure 1 minit. Pastikan tombol di kedudukan pressure. Setelah masa tamat, biarkan sehingga tutup boleh dibuka sendiri. Sedia utk dihidang. Selamat mencuba. 

P/S: boleh juga diaplikasikan untuk penggunaan periuk biasa. Masa memasak mungkin berbeza.

Set Lepas Bersalin/Berpantang Tropical Herbs

Semasa bersalin Medina walaupun melalui pembedahan kerana masalah uri di bawah tahap 3, saya masih mengamalkan amalan berpantang secara tradisional. Oleh kerana susah untuk saya bergerak pada awal kelahiran disebabkan pembedahan saya mengambil langkah mengamalkan set bersalin/berpantang Tropical Herbs. Sebelum ini saya berpantang ketiga-tiga anak saya menggunakan herba yang segar dipetik sendiri oleh kakak saya. Saya akan mandi herba tiga hari pertama selepas bersalin. Selepas itu mengisar sendiri daun-daun herba, kunyit dan halia utk diminum. Itulah yang saya amalkan mengikut amalan tradisi turun temurun dari nenek, bapa saudara, ibu dan kakak saya. Memang sangat menakjubkan. Bagi sesetengah orang amalan berpantang dipandang remeh tapi bagi saya itulah satu-satunya cara untuk menjaga kesihatan dan badan kita selepas bersalin. Biarlah orang nak kata saya kolot. Saya amat mengesyorkan set bersalin Tropical Herbs ini kerana kaedahnya hampir sama dengan cara berpantang saya sebelum ini.  Antara kandungan produk ini adalah seperti berikut:

1. Herba Tea (10 uncang x 2g)

  • Di ambil mulai hari ke-5 selepas bersalin
  • Minum 2 kali sehari dengan hidangan selama 5 hari
  • Rendam satu uncang ke dalam air panas selama 5 minit. Minum semasa teh masih lagi panas. Campurkan dengan satu sudu teh madu, jika suka. 

2. After birth 1( 60 kapsul -300mg)

  • Mula Makan hari ke 10 selepas bersalin (selama 15hari)
  • 2 kapsul di ambil 2 kali sehari selepas makan (2 biji pagi, 2 biji ptg)

3. After birth 2 (80 kapsul x 300mg)

  • Mula makan hari ke-25 selepas bersalin (selama 20 hari)
  • 2 kapsul di ambil 2 kali sehari selepas makan (2 biji pagi, 2 biji ptg)

4. Herbal Douche (Herba Pembersih Wanita) – 20 uncang x 10g

  • Untuk digunakan sebaik sahaja selepas bersalin selama 20 hari.
  • Guna herba pembersih ini 2 kali sehari.
  • Untuk menyediakan herba pembersih:
a) Rendamkan satu uncang dengan 500ml air panas selama 10 minit ATAU
b) Untuk larutan yang lebih pekat, didihkan satu uncang dalam 1 liter air selama 15 minit

Sejukkan larutan sehingga suam-suam kuku sebelum menggunakannya. Basuh bahagian vagina dengan pembersih yang suam-suam kuku, ATAU tuang pati panas dalam besen bulat dan campur dengan 1 liter air untuk mendapatkan larutan yang suam. Letakkan besen di bingkai mangkuk tandas dan duduk di atas larutan tersebut, rendamkan bahagian vagina.
- Setiap uncang boleh diguna 2 kali.

5. Herbal Bath (Herba Mandian) – 20 uncang x 10g

  • Boleh digunakan mulai hari ke 4 selepas bersalin selama 20 hari
  • Didihkan satu uncang dalam 2 liter air selama 20 minit
  • Tuangkan pati ke dalam baldi dan tambahkan air sehingga anda mendapat larutan yang suam.
  • Gunakan sebagai air mandian.

6. Herbal Massage Oil (Minyak Urut Herba)– 60ml

  • Gunakan mulai hari ke-4 selepas bersalin
  • Tuang minyak ke tapak tangan dan gosok tapak tangan untuk menghangatkan minyak sebelum mengurut badan.
  • Guna 2 kali sehari, terutamanya selepas mandi.
  • Elakkan daripada terkena pakaian kerana kesan kotoran mungkin kelihatan di sebabkan warna semulajadi herba.
Diikuti dengan campuran Peramping Perut.

7. Baby Oil ( Minyak bayi)- 60ml (Minyak telon)

  • Tuangkan minyak ke tapak tangan dan gosokkan kedua-dua belah tapak tangan untuk menghangatkan minyak sebelum mengurut perlahan-lahan pada kawasan abdomen bayi.
  • Sapukan setiap pagi dan petang selepas mandi.
  • Elakkan daripada terkena mata dan kemaluan bayi.
  • Elakkan daripada terkena pakaian kerana kesan kotoran mungkin kelihatan kerana warna semulajadi herba.

8. Firming Herbal Blend (Campuran Peramping Perut) – 20 paket x 15g (lebih kurang tapel)

  • Di gunakan mulai hari ke-4 selepas bersalin selama 20 hari
  • Tambahkan 4 sudu besar air panas ke dalam satu paket serbuk dan gaul hingga menjadi pes.
  • Sapu pes sama rata di atas kawasan perut dan tutup dengan kain nipis.
  • Gunakan bengkung untuk hasil yang lebih baik.
  • Pakailah bengkung untuk sekurang-kurangnya selama setengah hari.
  • Guna seelok-eloknya selepas mandi dan urutan.

Bersihkan pes selepas menanggalkan bengkung.
p/s: Awas! Gunakan hanya selepas 1 bulan jika bayi dilahirkan melalui pembedahan.

9. Warming herbal Blend (Campuran Penghangat badan) – 15 paket x 15g ( lebih kurang param)

  • Boleh digunakan mulai hari ke-4 selepas bersalin selama 15 hari.
  • Guna selepas pengurutan dan pemakaian bengkung di kawasan perut.
  • Jika tiada pengurutan dan pemakaian bengkung dilakukan, ia boleh dilakukan bila-bila masa pada hari itu.
  • Tambahkan 4 sudu besar air panas ke dalam satu paket serbuk dan gaulkan hingga menjadi pes.
  • Sapukan ke seluruh badan kecuali di kawasan muka, perut dan vagina.
  • Biar kering atau seelok-eloknya selama 2 hingga 3 jam sebelum 

10. Calming Herbal Blend (Campuran Penenang) – 15 paket x 3g
(pilis)

  • Di gunakan mulai hari ke-4 selepas bersalin selama 15 hari.
  • Tambah 1 sudu teh air panas ke dalam satu paket serbuk dan gaul hingga menjadi pes yang pekat.
  • Sapu pada dahi.
  • Biar kering atau seelok-eloknya selama sejam sebelum membersihkannya.
  • Elakkan daripada terkena mata.

Sekarang saya juga menjualnya sekiranya anda berminat. Dengan setiap pembelian set ini, anda akan dapat PERCUMA BENGKUNG. Sesiapa yang masih mencari set bersalin/berpantang yang mampu milik dan senang digunakan. Boleh sms/whatsapp/call Sapurah di 0122502195 atau email di sapurasakura@gmail.com

Anak-anak

Assalamualaikum,

Dah lama saya tak post apa-apa kat sini. Laman ni bukan lagi jadi sesawang tapi dah bersawang-sawang jadinya. By the way, saya dah selamat melahirkan baby girl pada 28 Mei 2013. Pemberian yag terindah oleh Allah swt diberi nama Hayfa Medina Mohd Sukri. Diserikan lagi dengan 2 lagi puteri kakak-kakak Medina bernama Hanni Karmila dan Farhana Damia serta abang Faris Aiman. Kini Medina berusia 15 bulan lebih. Aktif, lasak dan pintar. Semoga dia, kakak-kakak dan abang membesar menjadi anak yang solehah dan soleh.


19 March 2013

Hobi Baru

Kandungan dah 26 minggu. Walaupun masih muntah-muntah dan tak lalu makan, saya cuba hobi baru iaitu menjahit tudung dan beg. Tapi ikut mood jugakle. Ini antara barang yang saya jahit sekadar hobi. Cuba menghilangkan kebosanan memandangkan sudah tidak bekerja. Anak-anak pula takde kat rumah kerana gi sekolah.

Tudung umrah berdagu warna putih


Tudung umrah berdagu warna hitam

Ini dia dua tudung umrah hasil jahitan saya untuk kawan lama yang akan menunaikan umrah pada 26hb Mac ni. Harap-harap dia sukakan hasil jahitan saya.

Gambar beg close up

Beg jahitan ke tadika dan taska untuk 2 anak pompuan saya

In sha Allah, ada masa dan kudrat, dalam perancangan nak siapkan set tilam dan bantal untuk bayi yang bakal lahir bulan Jun nih. 












Kenangan menunaikan umrah


Dah lama tak post apa-apa di blog nih. Saya dah sebulan lebih pulang dari menunaikan umrah bersama suami dan keluarga pada 9hb Februari 2013 - 19 Februari 2013. Satu kenangan yang tidak dapat dilupakan. Semoga kami dimurahkan rezeki kembali ke sana. Pada masa ini saya hamil 20 minggu anak keempat. Walaupun anak keempat, saya masih mengalami alahan hamil yang teruk. Terpaksa berenti keje semasa kandungan 7 minggu pada Oktober 2012. Saya tak sangka pada saat akhir sebelum menunaikan umrah, saya masih mengalami alahan. Sentiasa berdoa kepada Allah semoga segala dipermudahkan. Alhamdulillah sepanjang 9 hari di sana saya dapat makan dan melakukan ibadat dengan baik. Syukur Alhamdulillah :). 

Bergambar di Masjid Quba, Madinah

 Di hadapan hotel semasa di Mekah sebelum mengerjakan tawaf wida' . Hari terakhir di tanah suci Mekah.

Di hadapan kaabah.